Quantcast
Channel: Drama | Hye Bro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 55

Ombak Rindu The Series Buka Ruang Penerbitan Siri Premium Tempatan

$
0
0

Ombak Rindu The Series Poster
Ombak Rindu The Series yang merupakan terbitan terbaru iflix bersama Infinitus Productions, telah membuktikan pencapaian yang memberangsangkan di kalangan penonton di Malaysia dan Indonesia, serta telah membuka jalan bagi kerjasama yang lebih baik antara kreativiti tempatan dan platform penstriman utama di rantau ini.

Siri drama dari empat bahagian yang diilhamkan oleh buku kedua dan ketiga dalam trilogi buku terlaris Fauziah Ashari, iaitu Cinta… Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku, telah menampilkan pelakon bintang-bintang utama termasuk Izara Aishah, Remy Ishak, Datin Diana Danielle dan Hanna Aqeela.

Ia mengisahkan pasangan watak Hariz dan Izzah yang sudah berkahwin terpaksa menanggung pelbagai kesusahan dalam percintaan mereka yang dicetuskan oleh rahsia silam masing-masing.

Siri baru ini adalah sambungan daripada filem 2011 yang diadaptasi dari buku pertama, yang berjaya menjadi filem drama romantik buat julung kalinya mendapat kutipan pecah panggung filem tempatan melebihi RM10 juta serta telah diiktiraf sebagai filem drama romantik ikonik Malaysia yang terbesar.

IKLAN : Tonton Ombak Rindu The Series di iflix secara PERCUMA.

Ombak Rindu The Series iflix

Sejak tayangannya mulai 5 Disember 2019 di Malaysia dan kemudiannya ditayangkan di Indonesia mulai 26 Disember 2019, siri ini telah berjaya menarik minat di kalangan peminat filem asal dan penonton baru dimana sambutan hangat itu telah menjadikan ia sebagai siri tempatan terbaik iflix (berdasarkan minit penstriman) di samping siri terbitan asli lain seperti Nur Series 2 dan KL Gangster Underworld, malah mendahului banyak filem Hollywood yang terkenal dan filem pecah panggung Malaysia dalam platform tersebut.

Sejak tahun 2017 lagi, iflix telah mendapat kejayaan cemerlang siri-siri sambungan daripada IP filem popular, termasuk Magic Hour di Indonesia, dan KL Gangster di Malaysia.

Strategi Creative Disruption iaitu ‘gelaran’ secara dalaman di iflix, bertujuan untuk merapatkan jurang kualiti dan kreatif antara penerbitan drama TV arus perdana dan filem di layar lebar. Pendekatan siri premium tempatan ini diinspirasikan untuk setanding dengan penceritaan filem dimana ia telah berjaya mengangkat kualiti penceritaan TV ke tahap yang lebih tinggi.

Ia juga berhasrat untuk meningkatkan kualiti produksi drama TV tempatan dengan harapan dapat menarik demografik penonton lebih muda. Dengan mempraktikkan proses penerbitan yang terbaik, serta gabungan barisan pelakon A-list yang biasanya membintangi filem, ia membuahkan hasil Ombak Rindu The Series yang cemerlang dan berbaloi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 55